Saturday, September 19, 2009

Kesian mereka...




"Man,jom ikut umi pegi beli barang jap dekat kedai"ajak umi..
"Owh,ok,ok...Nak wat apa pegi kedai...?"
"Saje jalan-jalan...meh la"

Time tu man pun tanpa membuang masa lagi menggerakkan kaki memasuki kereta unser berwarna emas itu...hehh..

Bila dah sampai je...man pun pergilah bersama-sama keluarga...kami bahagikan kumpulan kami kepada dua...satu perempuan...satu lagi lelaki....maklumlah...lain cite rasenye...

Sedang man berjalan,tibe-tibe segompolan asap menusuk tajam ke dalam lubang hidung man...terus menuju ke lorong tekakman....dan man terbatuk...Uhh!Uhh!Dalam hati man mengatakan"cis,makhluk mana yg bermain2 api di tgh2 bandar Singapura ini ye!!Klo man jumpa pasti man repot kepada polisi.."gitulah...

Lantas man mangangkatkan kepalanya sambil menjengket2kan kakinya...cuba untuk mencari punca asap yang cuba mengganggu pernafasannya itu...

"Hah,itupun dia makhluk Allah yang "bertuah" kerana berjaya mengganggu man"luah man...Lantas man cuba untuk memerhatikan apa yang sedang mereka lakukan....ternyata kelihatan warna-warna merah (api) itu menghancurkan kertas-kertas yang tidak diketahui apa isinya...

Man perhati,dan perhati.....
dan perhati..dan perhati...
Astaghfirullah....kesian,kesian....






"apa yang sedang mereka lakukan?"....
Owh baru man teringat....tujuan mereka membakar kertas-kertas itu adalah bersempena dengan kedatangan roh (hantu) nenek moyang mereka...

Katanya untuk menghalau roh-roh hantu itu...
Katanya juga untuk memberi makan kepad roh-roh hantu itu...

Tiba-tiba man tergelak...
Kita kan sedang berada dalam bulan Ramadhan...mana ada hantu ataupun iblis...Kah!Kah!Kah!Pelik,pelik....

Sedang man merenung mentertawakan perlakuan mereka itu...Tiba-tiba hati man terasa sedih dan ingin menangis..."Apakah mereka sedar apa yg mereka sedang lakukan itu?Kelak sewaktu akhirat nanti...adakah manusia yg berada di depan mata man ini akan terhumban ke dalam neraka juga?Bukankah mereka datang daripada perut yg sama..maksud man daripada adam dan hawa...Kita sebagai manusia..harus bantu-membantu,sedar-menyedari....."

...Man harus menolong mereka...menolong untuk menyedarkan mereka yang sebenarnya berada dalam kegelapan sekarang...Man x nak mereka masuk ke neraka...Man nak mereka bahagia masuk ke dalam syurga...Tapi apa yg harus man lakukan??....Hati man tertanya-tanya apa yg wajar dilakukan.....

Ye....Nak tak nak man perlu mengubah diri man,lantas keluarga man kemudian baru masyarakat...."AAAARRGHH,man nak tegur mereka sekarang jugak..."luah hati man...
Baru sahaja man ingin menggerakkan kakinya untuk menegur orang2 cina itu,,,tiba-tiba...
"Man,jom balik...dah lewat dh nie...lepas nie nak berbuka pula..."kata abah..
"Tapi...Mmmm x pelah..jom balik..."jawab man.

Walaupun man x sempat untuk menegur mereka...tapi dalam hati man berazam bahawa man akan memastikan suatu hari nanti man yg akan memimpin negara ini...Singapura,Malaysia dll....dan man akan memastikan semua rakyatnya beragama islam....Insya-Allah...