Wednesday, May 23, 2012

"RiWaYat HiDup SeoRanG SpiDer Man..."


Hahah..mesti anda terfikir...knapelah amik Spider Man jadi subjek...x de subjek lain yg lebih matang ke??Nie GF nih! Jahiliyah2!!

Jangan nk tipulah...dalam kalangan kita semua nie mesti ramai yg dh tengok cerita Spider-Man kan?? Kalau x tgk pun ; at least tahu lah...So, Jom kita tadabur cerita org kapir nih! hohoh!


Kalau kita perhati dalam cerita nie, Peter Parker(kita) telah mendapat taklifan daripada "Tuhan"(Allah) untuk menjadi seorang Spider Man (da'ie) bagi menjaga keamanan dunia ; dengan cara "disengat (didakwah) oleh labah-labah (sumber yg lain)"...Maka secara tidak langsung, dia telah menjadi seorang yang SAAANGAT KUAT.. (qowiy!!) dan hebat serta mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa...Dia seolah2 nampak dengan jelas apa tanggungjawab yang harus dia lakukan di muka bumi ini...

Dipendekkan cerita, banyak kes2 @ masalah2 di dunia yg telah dia selesaikan dan banyak nyawa yang telah dia selamatkan (atau dlm bahasa yg lebih ruhi sikit : byk masalah2 aqidah yg telah diselasaikan dan ramai org yg telah dia selamatkan dari termasuk ke dalam gaung kemaksiatan)...

Maka suatu ketika, dia telah diuji dengan satu ujian yang sangat berat untuk dia lakukan...

Dia dikehendaki untuk memilih sama ada cintanya kepada Mary Jane(kesenangan dunia) atau tanggungjawabnya sebagai seorang penyelamat dunia (Penyebar Risalah ) yg baik...

Sementara itu, datang pula suatu unsur @ makhluk hitam(godaan2 dunia lain) yang datang dari planet lain(syaitan @ musuh2 islam @ Ghazwatul Fikr) ke dalam kehidupan Spider-Man ini yang bertujuan untuk MENGGANGGU DAKWAHNYA DI MUKA BUMI INI!!...Arkian, tanpa disedari, makhluk itu telah meresap ke dalam bajunya(kehidupannya)...Dengan keberadaan baju hitam yang baru itu, dia telah menjadi individu yang SANGAT BERBEZA! isk, isk...(sedih)... :'-(



 :'-( Kalau dahulu dia merupakan seorang yang soleh, baik, muhtaram dsb...tp skrg, dia telah menjadi seorang yang SGT SOMBONG! , PENTINGAKN DIRI SENDIRI! , SUKA MENGGANGGU ORANG RAMAI, TERLALU MENGIKUTKAN HAWA NAFSU! , dan yg paling menyedihkan sekali, DIA SUDAH SEMAKIN JAUH DENGAN TUHAN!...; bahkan kalau dahulu dia yang menjadi seorang penyelamat dunia yang sangat berakhlak, beradab, dikagumi oleh masyarakat,TAPI SEKARANG...DIALAH YANG MEMBUAT HURU-HARA DALAM DUNIA INI @DIALAH PENYEBAB KEPADA JATUHNYA PROSES PEMBINAAN DAULAH ISLAMIYAH DI MUKA BUMI INI!...huhh...astaghfirullahal 'azim...

Hehh..Semuanya angkara memilih "baju" yang salah untuk dipakai...


.......................................................................................................................................................

Kesimpulannya...

Wahai para pembaca2 sekalian....dalam hidup ini penuh dengan godaan dunia...sedarlah...bahawa semua kemewahan yg kita kecapi itu tidak membawa apa2 makna sekiranya kita tidak mengurusnya dgn baik, kemewahan itu x akan membawa apa2 makna sekiranya kita gugur dari jalan dakwah ini..."dakwah itu luas...dakwah@islam tidak memrlukan kita, tetapi kita yg memerlukan mereka"...



Akhir kata, perbanyakanlah muhasabah diri masing-masing....
wallahu a'lam...Sekian, wassalam...

Monday, May 14, 2012

PaDi V.S MeTeR MinYak KerEta

Bismillah...

Kalau sebelum nie kita bermuhasabah melalui minyak...hari ini saya ingin mengajak anda untuk kita sama-sama bermuhasabah melalui (ciptaan Allah v.s ciptaan manusia) atau dengan secara terus-terangnya...(padi v.s meter minyak kat kereta MyVi "kakak saya")...

Agak-agaknya lah...apa ibrah yang kita boleh dapat daripada 2 perkara ini ye?



Kalau kita perhati betul2 dan cuba bertadabur dengan ruh fikiran yang suci dan rabbani, kita akan dapati...semakin berisi padi itu, semakin tunduklah ia...bak kata pepatah..."ikut resam padi ; semakin tunduk bila berisi" lantas dapat menghasilkan beras2 yang enak untuk dijadikan nasi lemak dsb...
.
.
.
.
.
.
.
.
astaghfirullahal 'azim...(3x) huhh....


Kita selalukan??kita selaluu ingin dipandang tinggi oleh masyarakat...kalau dalam diskusi tu...selaluu je nk bangun memberikan pendapat...kalau dalam apa majlis pun, kita selaluu je nk pendapat kita yang menang...huhh...


Tak salah untuk "musyarakah" dsb...cumanya saya ingin kita smua cuba amati, hayati dan rasai betul2....apakah perasaan kita selepas pendapat kita itu diterima oleh masyarakat?apakah perasaan kita bila pendapat kita itu dipuji oleh masyarakat? BANGGA BUKAN??


DAN KETIKA ITULAH KITA LUPA ; YANG MEMBERIKAN KEBIJAKSANAAN ITU ADALAH ALLAH!!! BUKANNYA KITA!!!

Sepatutnya kita harus mentajdid niat dulu sebelum melakukan apa2 perkara...Kita harus mentajdid niat dahulu sebelum memberikan apa2 pendapat...dan jikalau pendapat kita tidak diterima, maka ucaplah "Alhamdulillah" (kerana kita tidak dipertanggungjawabkan atas pendapat kita itu)...dan jikalau pendapat kita itu diterima, maka ucaplah "Allahu Akbar"...kerana yang bijak dan yang memberi izin supaya pendapat itu diterima itu adalah Allah ; bukannya kita..kita hanya berfungsi sebagai "orang pertengahan" sahaja...

Kan selamat tu...tak payaah nk risau kalau orang tak pandang pendapat kita...sbb kita dah tahu bahawa yang hebat itu adalah Allah dan Dia berhak untuk memilih...

*Jom kita tengok pula apa yang ada dengan meter minyak kereta MyVi kakak saya tu...
first n last...

-Apa akan jadi kalau kita isi minyak?


...anda pun tahu...pastilah meter itu naik



So, tak perlulah nk syarah panjang2...saya rasa anda sendiri dah dapat tangkap apa yang ingin saya tuliskan bukan??

So, janganlah jadi mcm meter minyak kereta...lebih berisi, lebih mengembang hidungnya, baru isi sikit dah nk berbangga-bangga dengan orang lain (tanpa mentajdid niat dahulu)...faham ke??

Akhir kata...marilah sama2 kita bermuhasabah diri...rendahkanlah diri, rendahkanlah hati...jangan risau jika tidak dipandang sangat oleh masyarakat...ingatlah...


"...إنّ أكرمكم عند اللّه أتقاكم..."
ertinya : "semulia-mulia orang dikalangan kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa..."
   (surah 49 : ayat 13)

"والعاقبة للمتّقين..."
ertinya : "...dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa"
   (surah 7 : ayat 128)

wallahu a'lam...yang baik dtg dari Allah, yang buruk datang dari diri penulis sendiri...

Wassalam :-)





Tuesday, May 8, 2012

Jadilah Seperti Minyak...



Kalau kita perhati..apa akan terjadi ye kalau kita mencampurkan air dengan minyak?
     -pasti terasing bukan??
Kalau kita perhati...apa akan jadi kalau kita tumis bawang tanpa minyak?
     -pasti tumisan itu tidak menjadi bukan??
Dan kalau kita perhati...apa akan jadi kalau bawak kereta tanpa minyak?
     -pasti kereta itu tak boleh bergerak bukan??


Lagi! Kalau kita perhati...dunia kini saaaaanngat membutuhkan dan memerlukan minyak untuk menjamin kehidupan yang baik untuk manusia...kerana tanpa minyak bagaimana ingin melakukan proses import dan eksport...tanpa minyak juga bagaimana kita ingin me "laku" kan perniagaan roti canai serta nasi berlauk kita??...Lagi! Tanpa minyak bagaimana kita ingin memastikan rambut kita sentiasa tersusun rapi ,berkilat wangi lagi menawan hati2 para majikan untuk menerima kita untuk bekerja di tempat mereka??


Haha!! Kesimpulannya, dunia kini akan lumpuh dan cacat bahkan boleh jadi mati TERUSS!!.. jika tidak ada minyak yang menemaninya...betul ke??

Istighfar sekejap....astagfirullah 3X...
.
.
.
.
.
Ikhwah akhwat sekalian /Saudara saudari sekalian ,
     Begitu juga dengan kita...
-Mana perginya orang2(minyak) yang apabila dimasukkan @ termasuk ke dalam gaung jahiliyah(air), maka dia akan automatik mengasingkan hatinya dari jahiliyah tersebut??
-Mana perginya orang(minyak) yang akan membantu @ menyempurnakan proses penumisan bawang(da'wah @ pembinaan daulah) di atas kuali ini (atas muka bumi ini)??
-Mana perginya orang2(minyak) yang dengan kewujudannyalah (dengan izin Allah) dakwah di sesuatu tempat itu bertambah-tambah laju ???

DIMANAKAH ANDA???


-Nampak tak sahabat? Dunia ini sangat2 membutuhkan orang2 yg seperti ini untuk memakmurkan dunia dan menjauhkan manusia dari kesengsaraan yang boleh membuatkan manusia TERUSS MATI!! (mati hati) di alam dunia yang fana' ini .

*Kesimpulannya, dunia kini akan lumpuh dan cacat dan sekali lagi boleh mati TERUSS!!....jika tidak ada Khalifah2 (yang bertaqwa yang setiap malam menitis air mata semata2 kerana cinta kepada Tuhannya) yang membela nasib ummatnya...

    p/s : apapun...sebenarnya dakwah & tarbiyah tidak memerlukan kita , tetapi kita yang memerlukan mereka...islam akan tertegak juga suatu masa nanti...cumanya adakah kita tergolong dalam kalangan minyak yang membantu proses itu atau tidak...Marilah sama2 kita muhasabah diri kita...harapnya tangan yang menulis ini lebih tergerak berbanding anda yang membaca...wallahu a'lam...

akhir kata....."Jadilah Seperti Minyak"....Sekian... :-)


Wednesday, May 2, 2012

Assalamualaikum w.b.t....

Dah penat?? dah penat dah kejar dunia tu?? dah penat dah kejar populariti yg kau gila2kan sangat tu?? Apa yang ada pada dunia?? Apa yang ada pada duit?? Nak buat apa dgn pujian2 manusia tu??NOTHING!!!

Saudara saudari sekalian...ayuhlah kita bermuhasabah...sejauh mana hubungan kita dgn tuhan (Allah), sejauh mana usaha kita utk menjaga hubungan kita dgn tuhan...sedarlah...bahawa apabila kita lapar; ALLAH yang beri kita makanan, apabila kita susah; ALLAH yang memberi tunjuk jalan, apabila kita sakit; ALLAH yang menyembuhkan kita...


Hubungan kita dgn tuhan ibarat internet (orange,streamyx,umniah dll) kalau kita tidak menjaganya, membayar yuran pada waktunya, meletakkannya di tempat yang stratergik, mengelakkan daripada wayarnya terputus dan tercabut, memeriksa berapa lagi bytes yg ada....senang cite jika kita tidak menguruskannya dgn baik, maka bagaimana kita ingin bersembang dgn ahli keluarga kita di (skype dsb)?? bagaimana kita ingin berfacebook??bagaimana kita ingin "mendownload" cite2 korea yg "kita" suka sgt tu??pasti susah... Ya, memang ia susah! Begitu juga hubungan kita dgn Allah...kalau kita tidak menjaga hubungan kita dgn-Nya @ kita tidak menguruskannya dgn baik, bagaimana kita ingin mendapat rahmat Allah??bagaimana kita ingin mendapat syurga Allah??dan yang paling skali; bagaimana kita ingin mendapat redha Allah?? hubungan itu perlu dijaga! bukannya ia akan terjaga sendiri!


Huhh...tapi manusia itu seering lupa...rezeki yang diberikan dikufurkan begitu sahaja...duit yang diberikan; digunakan untuk membeli perkara2 yang tidak memberi faedah (terlalu mengikut hawa nafsu), kereta yang diberikan; dibawa ke tempat2 yang tidak sepatutnya, hand phone yang dipinjamkan; digunakan untuk menunjuk-nunjuk, laptop yang dipinjamkan; digunakan untuk melihat bende2 lucah, mulut yang dikurniakan, digunakan untuk memaki-hamun manusia, menfitnah, mengumpat, bergosip dan BANYAK LAGI!!! Astaghfirullahal Aziiiiim!!!


Sampai bila saudara??Sampai bila saudara?? Takkan nk tunggu  Allah baling batu besar kat kepala kita baru nak sedar!! Sebelum2 nie...bila Allah baling batu2 kecil (peringatan) kat kita, kita buat x endah, kita buat2 tak dengar, sombong...Dah sombong sangat...ha..Nah! ambik kau tsunami, amik kau gempa bumi! time tu baruu nk pulang ke masjid, time tu baruu ada keinginan nk bangun qiam, time tu jugak baruu terasa nk ubah diri...astaghfirullah...


Semoga perkongsian ini menjadi muhasabah untuk kita semua...bagi siapa2 yang tak terkesan pada hatinya , maka bermuhasabahlah lagi...periksa kembali solat anda...boleh jadi terdapat bintik2 hitam yg melekat pada hati... (ego, malas, menyampah dll lagi)...

wallahu a'lam...afwan jika ada yang terasa....Sekian...