Saturday, May 30, 2009

Jariku tidak berkesempat...



Ye....memang mengerti bahawa saya jarang sekali meluahkan masa bersama komputer yang diribakan ini..Tatkala awan Al-Amin Bangi yang kini semakin mendung...tidak lagi mengeluarkan agen-agen cahaya tarbiyah..Tatkala saya disibukkan dengan "berjalan bersama pasukan"...Tatkala saya ditambah lagi dengan persatuan mahupun kelab...sejak itulah masa saya semakin padat..sejak itulah insan yang melahirkan saya mula memperingatkan diri yang lemah ini.
Walaubagaimanapun,difaktorkan dengan niat yang abadi kerana Sang Pencipta,diri ini tetap memampukan diri untuk merembeskan segala tanggingjawab yang diberi..Jika anda perhatikan,sudah beberapa penghuni Al-Amin yang telah ditibakan dengan tekanan yang hampir2 dahsyat sehingga ia dapat membuat individu tersebut berkelakuan aneh daripada dirinya yang sebelum itu..Siapa dia?Itu tidak penting...Yang penting sekarang nie adalah persediaan diri kita untuk menghadapi saat-saat seperti mana yang telah mereka lalui..
Sebagai seorang muslim yang bijak mengawal diri,bijak mengawal akal fikiran mereka...maka mereka akan dapat menyusun segala amanah mereka dengan rapi dan kemas..mereka akan bersungguh2 melaksanakan amanah tersebut...tidak kisah amanah sebagai seorang anak,amanah sebagai seorang pelajar ataupun amanah sebagai seorang khalifah/pemimpin...
Tambahan lagi,jika anda seorang yang bijak,anda tidak akan membiarkan diri anda digelar sebagai seorang "yesman" yakni orang yang sentiasa mengatakan "ye,saya pasti akan melaksanakan kerja tersebut!"...Hal ini kerna jika anda bijak mengatur kehidupan,bijak dalam melaksanakan tanggungjawab,maka anda akan memikirkan bahawa,jika anda menerima semua/banya amanah,maka ia akan memberi kesan sampingan kepada amanah2 yang lain..Itu sahaja pesan untuk diri saya(tapa alangkah baiknya jika dikongsi bersama)..wassalam..

Saturday, March 21, 2009

eminence..

Eminence merupakan sebuah kumpulan nasyid yang ditubuhkan oleh pelajar Sek.Men Sri Al-Amin Bangi sendiri.Maksud "eminence" ialah "keunggulan".Eminence mula ditubuhkan pada tahun 2007.Ketika itu mereka dianggap sebagai eminence generasi pertama sehinggalah pada akhir tahun 2008,kami muncul sebagai eminence generasi kedua.
Kami terdiri daripada 4 orang,Imran,Nu`man,Azzam dan Muzzammil dan ketua bagi kumpulan kami ialah Imran.Kami selalu juga membuat persembahan di kenduri-kenduri kahwin,program MAGMA,program di sekolah dan lain-lain lagi.
Sebenarnya kumpulan nasyid Sek.Men Sri Al-Amin Bangi telah lama ditubuhkan dan nama asalnya ialah kumpulan "Fauzan".Setelah dibincang kembali,nama "Fauzan" itu agak kurang menarik bagi remaja-remaja zaman sekarang terutamanya.Mereka lebih sukakan nama yang menggunakan bahasa inggeris seperti "nice","Al-gebra","Devotes" dan "eminence" sendiri.Jadi kami juga akan menggunakan tektik sebegini untuk memikat hati para pendengar.Insya-Allah..
Kumpulan kami lebih kepada "nasyid pop".Kami memilih konsep nasyid pop kerana ia mudah diterima oleh semua orang tidak kira orang yang meminati nasyid traditional,acapella,R&B mahupun orang yang meminati lagu Rock.Buat masa sekarang ni,sudah banyak kumpulan nasyid yang memakai konsep nasyid pop seperti "Mirwana" dan "nice".
Walaubagaimanapun,objektif "eminence" adalah untuk menyampaikan kefahaman kepada para pendengar tentang islam juga untuk mengalih minat para pendengar daripada meminati lagu yang kurang baik kepada yang lebih baik.Album yang kami hendak lakukan kali ini adalah lebih kepada mengharumkan nama sekolah kami.Wallahu a`lam...

Tuesday, February 3, 2009

Nak berjaya??(2)

....satu kata-kata,atau boleh dikenali sebagai firman yang mana...firman t`sebut dipegang teguh olehnya.Firman itu b`bunyi begini,"in tansurullaha yansurkum wayuthabbit aqdaamakum"..ertinya,"jika kamu menolong (agama) Allah,nescaya Allah akan menolong kamu"..Inilah kata-kata yg dapat menaikkan semangat kwn saye tu..bila banyak keje je kne wat,dia ingat ayat nie..bila ada usrah ke,daurah ke..dia akan ingat ayat nie..Tapi satu bende yg saya nk pesan,walaupun rakan saya tu sibuk dgn hal lain(dakwah),pengurusan belajarnya amat agak mantop skali..Macammana tu???haa..cara dia sng je..time cikgu m`ajar bagi tumpuan yg setumpu-tumpunya..Sebab apa saya kata mcm tu..bila kita x tumpu`n p`hatian dlm kelas...ia akan menyebabkan kita ketinggalan,x siap keje rumah sbb x perasan cikgu bg keje rumah,pastu sure kena marah dan cakgu sakit hati dan mula x redha dgn kite,then...tau tau jelah..Yang kedua,dia tak membazir masa..bila masa kosong je,buat homework,baca buku...Banyak lg tips yg dia ajar kat ana,seperti baca utk pelajaran esk,buat nota,baca buku motivasi,doa,solat hajat,tawakkal dll lg..Sebenarnya bende2 nie kita dh tau dah..cuma kita x praktikkan je..Hah!Nak tahu pengakhiran dia??Akhirnya,dia berjaya m`dapat straight A dlm peksa tu...Memang semua orang x percaya...sebab dia x delah pandai sgt..So,apa yg terbukti kat sini ialah "Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji"..(tunggu utk slot yg seterusnya k!Kalau nak la...)Wassalam..