"Seseorang muslim itu haruslah kerap memuhasabahkan dirinya (tidak kira dgn cara apa sekalipun ; bertadabur, berzikir ataupun berqiamullail)...demi memastikan prestasi dakwah @amalannya sentiasa terjaga" -ibn jamal-
Friday, August 21, 2009
Ramadhanku...
Alhamdulillah...tatkala tiba satu "30 hari" yang sungguh mulia sekali,aku orang yang bersujud setiap hari hampir 54 kali;sekali lagi menghinakan diriku atas dasar kesyukuranku kepada Sang Pemurah.Di mana kemurahannya kepada kita(ummat Muhammad S.A.W.) amat-amat hebat sekali...tidak dapat ditandingi oleh mana-mana dermawan di dunia ini...juga tidak dapat ditandingi oleh Abdul Rahman bin Auf mahupun Uthman bin Affan yang sudah banyak menginfakkan hartanya di jalan Allah...Di mana....tuhan yang mencipta langit dan bumi ini telah memberikan lagi satu peluang,satu hadiah atau satu lagi medan untuk kita memperbanyakkan amalan hamba-Nya iaitu 'Ramadhan Kareem"....Masya-Allah..
Mengapakah tuhan melakukan semua ini ye??Mengapa ketika zaman nabi-nabi yang terdahulu tidak dikurniakan bulan seperti ini??Pernahkah anda terfikir tentang hal ini?Ya,setiap pencipta tahu akan kemampuan atau kelemahan ciptaannya...Seorang pencipta Play Station 3 tahu akan kelamahan dan kemampuan permainan tersebut...Begitu juga dengan Allah...Allah tahu kan kemampuan serta kelemahan hambanya...tidak kira dalam apa jua aspek...Kerana itulah Dia memberikan kepada ummat nabi Muahammad S.A.W bulan Ramadhan;kerana Dia tahu bahawa hambanya tidak cukup masa dan umur untuk memperbanyakkan amalan mereka...umur kita tidak cukup panjang untuk mengisi amalan bagi menandingi amalan2 ummat-ummat terdahulu yang mempunyai umur yang sangat panjang hingga mencecah ratusan tahun..
Terus dengan apa yang ingin saya luahkan pada penulisn saya kali ini bahawa...sejujurnya saya rasa takut dan bimbang sekiranya amalan Ramadhanku ini tidak kekal...Hal ini kerana apabila masuknya bulan rejab,kita sepatutnya sudah mula untuk bergerak ke arah "gear 1" dan terus ke gear 2,3,4...dan apabila mulanya Ramadhan,kita perlu all-out dengan menggunakan gear 5....Ye,memang sekarang saya sedang menggunakan gear yang kelima...tetapi sebelum ini...
saya merasakan yang saya belum mencapai gear yang ketiga...Huh,berat..berat...
Walaubagaimanapun,beramal tetap beramal...yang penting kita mesti cuba untuk mengekalkan atau menambahkan kuantiti dan kualiti ibadah kita sehingga kita menemui-Nya...
Selain itu,pada Ramadhan kali ini juga saya dapat merasakan satu kemanisan yang tidak pernah saya amati sebelum ini dan saya berharap agar Allah dapat memberikan lagi kemanisan ini kepada saya juga rakan-rakan saya yang lain...Akhir sekali....INGAT!.."jadilah hambalah Allah,jangan jadi hamba Ramadhan"...Wallahu a`lam....Assalamualaikum...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramadhan Kareem, ya KU. Min khotoil akbar; an tunazzimun nasa haulaka wa tatrukal faudo fi qalbak.
ReplyDelete