Saturday, May 30, 2009

Jariku tidak berkesempat...



Ye....memang mengerti bahawa saya jarang sekali meluahkan masa bersama komputer yang diribakan ini..Tatkala awan Al-Amin Bangi yang kini semakin mendung...tidak lagi mengeluarkan agen-agen cahaya tarbiyah..Tatkala saya disibukkan dengan "berjalan bersama pasukan"...Tatkala saya ditambah lagi dengan persatuan mahupun kelab...sejak itulah masa saya semakin padat..sejak itulah insan yang melahirkan saya mula memperingatkan diri yang lemah ini.
Walaubagaimanapun,difaktorkan dengan niat yang abadi kerana Sang Pencipta,diri ini tetap memampukan diri untuk merembeskan segala tanggingjawab yang diberi..Jika anda perhatikan,sudah beberapa penghuni Al-Amin yang telah ditibakan dengan tekanan yang hampir2 dahsyat sehingga ia dapat membuat individu tersebut berkelakuan aneh daripada dirinya yang sebelum itu..Siapa dia?Itu tidak penting...Yang penting sekarang nie adalah persediaan diri kita untuk menghadapi saat-saat seperti mana yang telah mereka lalui..
Sebagai seorang muslim yang bijak mengawal diri,bijak mengawal akal fikiran mereka...maka mereka akan dapat menyusun segala amanah mereka dengan rapi dan kemas..mereka akan bersungguh2 melaksanakan amanah tersebut...tidak kisah amanah sebagai seorang anak,amanah sebagai seorang pelajar ataupun amanah sebagai seorang khalifah/pemimpin...
Tambahan lagi,jika anda seorang yang bijak,anda tidak akan membiarkan diri anda digelar sebagai seorang "yesman" yakni orang yang sentiasa mengatakan "ye,saya pasti akan melaksanakan kerja tersebut!"...Hal ini kerna jika anda bijak mengatur kehidupan,bijak dalam melaksanakan tanggungjawab,maka anda akan memikirkan bahawa,jika anda menerima semua/banya amanah,maka ia akan memberi kesan sampingan kepada amanah2 yang lain..Itu sahaja pesan untuk diri saya(tapa alangkah baiknya jika dikongsi bersama)..wassalam..