Baru-baru nie gen-10 baru sahaja pulang daripada Cameron Highland...Yelah, f3 kan tgh periksa...so, mlmh suruh kita isi cuti kitaorang dengan lawatan...so, kitaorg pilih Cameron...
APA YANG KAMI BELAJAR DARIPADA LAWATAN TERSEBUT??
Terlihat, terpandang, terpesona juga terlopong apabila melihat ciptaan tuhan yg hebat itu...fuh!!
Sedang man ghalik melihat keindahan alam semula jadi yg terdapat di Cameron...tiba-tiba man terfikir...bagaimana gunung-ganang ini dapat berdiri kukuh selama beratus-ratus tahun??Bagaimana bentuk gunung-ganang ini boleh terbentang cantik dan kemas??
Man cuba mengaitkan dangan kehidupan seharian kita...
Klo lihat gambar di atas, bagaimana pokok-pokok itu boleh tumbuh dengan sekata??Ya, sudah semestinya disebabkan tanah itu sendiri...Jika tanah itu bentuknya lawa, maka pokok-pokok itu juga akan tumbuh dengan lawa, jika tanah gunung-ganang itu pelik dan ....tak lawa, maka pokok-pokok di situ juga akan tumbuh tak lawa lah jugak...
Begitu juga dengan kepimpinan di sekolah...Sekiranya para pemimpin sekolah yang boleh dianggap sebagai tulang belakang (sulbah) itu pelik, jahil atau kosong.....maka mustahil untuk rakyat-rakyatnya atau pelajar-pelajar lain untuk tumbuh lawa @ menjadi mukmin yang sebenar...
Astaghfirullah....tiba-tiba terasa pulak dengan kata-kata sendiri...Jadi, ana harap siapa yang telah membaca artikel ini, silalah ambil pengajaran....Walau di mana pun berada, Allah sentiasa mendidik kita...Jadi, sentiasalah berfikir tentang apa yang berlaku dalam hidup kita...agar ia menjadi pengajaran bagi kita...wallahu a`lam....