Baru-baru nie...man telah dikomen oleh ramai pihak...Mereka mempersoalkan tentang nasyid...Mereka juga mempersoalkan tentang alat muzik...Man sengaja berdiam diri..(ketika itu)..
Dalam islam, hiburan itu tidak ada masalah untuk dilakukan...bak kata kumpulan nasyid Raihan,"..hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah".
Di sini, man nak fokuskan kepada hiburan dalam konteks menyanyi dan muzik sahaja..Baiklah..Di antara hiburan yg dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan telinga ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan dalam islam,selama tidak dicampuri dengan kata-kata yg lagha (sia-sia) dan sekiranya ia dapat mengarah kepada perbuatan dosa.Dan tak salah pula kalau disertainya dgn muzik yg tidak membangkitkan nafsu.Bahkan disunatkan dalam situasi gembira,guna melahirkan perasaan riang dan menghiburkan hati seperti pada hari raya, perkahwinan, kedatangan orang yg sudah lama tidak datang, saat walimah, aqiqah dan di waktu lahirnya seorang bayi.
"Dan dari Aisyah r.a sesungguhnya Abu Bakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua orang gadis yg sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi menutup wajahnya dgn pakaiannya maka diusirlah dua gadis itu oleh Abu Bakar.Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abu Bakar :Biarkanlah mereka itu hai Abu Bakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang)."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Itu yang pertama...Perkara yang kedua pula ialah..Adakah muzik itu betul2 merupakan salah satu cara untuk berdakwah atau kerana hiburan semata-mata???Pada pendapat man, sebenarnya nasyid ini asalnya ditubuhkan adalah sebagai alternatif memandangkan ramai ummat islam yg terpengaruh dengan lagu-lagu yg majoritinya datang dari barat di mana kandungan yg terdapat dalam lagu2 tersebut adalah lagha dan tidak soleh.Jadi, atas dasar inilah nasyid ditubuhkan...
Pada masa yang sama, tidak salah kalau kita menjadikan nasyid ini sebagai salah satu cara untuk kita berdakwah.Cuma kita jangan sampai menjadikan nasyid ini sebagai medan UTAMA untuk berdakwah kerana impaknya amatlah tidak banyak..Jadi kesimpulannya, anggaplah nasyid itu sebagai hiburan (yg tidak berlebih-lebihan) yg dapat memberi tazkirah kepada diri kita..
APA BEZA NASYID DENGAN LAGU??
setakat yg man tahu....klo nasyid, lirik dia ke arah kebaikan (islam) dan klo lagu biasa, lirik dia tidak kearah kebaikan (islam)...wallahu a`lam...
lastly.....CHANGE YOUR PARADIGM!!! (sila tegur klo tersalah ape2)