Assalamualaikum w.b.t....
Dah penat?? dah penat dah kejar dunia tu?? dah penat dah kejar populariti yg kau gila2kan sangat tu?? Apa yang ada pada dunia?? Apa yang ada pada duit?? Nak buat apa dgn pujian2 manusia tu??NOTHING!!!
Saudara saudari sekalian...ayuhlah kita bermuhasabah...sejauh mana hubungan kita dgn tuhan (Allah), sejauh mana usaha kita utk menjaga hubungan kita dgn tuhan...sedarlah...bahawa apabila kita lapar; ALLAH yang beri kita makanan, apabila kita susah; ALLAH yang memberi tunjuk jalan, apabila kita sakit; ALLAH yang menyembuhkan kita...
Hubungan kita dgn tuhan ibarat internet (orange,streamyx,umniah dll) kalau kita tidak menjaganya, membayar yuran pada waktunya, meletakkannya di tempat yang stratergik, mengelakkan daripada wayarnya terputus dan tercabut, memeriksa berapa lagi bytes yg ada....senang cite jika kita tidak menguruskannya dgn baik, maka bagaimana kita ingin bersembang dgn ahli keluarga kita di (skype dsb)?? bagaimana kita ingin berfacebook??bagaimana kita ingin "mendownload" cite2 korea yg "kita" suka sgt tu??pasti susah... Ya, memang ia susah! Begitu juga hubungan kita dgn Allah...kalau kita tidak menjaga hubungan kita dgn-Nya @ kita tidak menguruskannya dgn baik, bagaimana kita ingin mendapat rahmat Allah??bagaimana kita ingin mendapat syurga Allah??dan yang paling skali; bagaimana kita ingin mendapat redha Allah?? hubungan itu perlu dijaga! bukannya ia akan terjaga sendiri!
Huhh...tapi manusia itu seering lupa...rezeki yang diberikan dikufurkan begitu sahaja...duit yang diberikan; digunakan untuk membeli perkara2 yang tidak memberi faedah (terlalu mengikut hawa nafsu), kereta yang diberikan; dibawa ke tempat2 yang tidak sepatutnya, hand phone yang dipinjamkan; digunakan untuk menunjuk-nunjuk, laptop yang dipinjamkan; digunakan untuk melihat bende2 lucah, mulut yang dikurniakan, digunakan untuk memaki-hamun manusia, menfitnah, mengumpat, bergosip dan BANYAK LAGI!!! Astaghfirullahal Aziiiiim!!!
Sampai bila saudara??Sampai bila saudara?? Takkan nk tunggu Allah baling batu besar kat kepala kita baru nak sedar!! Sebelum2 nie...bila Allah baling batu2 kecil (peringatan) kat kita, kita buat x endah, kita buat2 tak dengar, sombong...Dah sombong sangat...ha..Nah! ambik kau tsunami, amik kau gempa bumi! time tu baruu nk pulang ke masjid, time tu baruu ada keinginan nk bangun qiam, time tu jugak baruu terasa nk ubah diri...astaghfirullah...
Semoga perkongsian ini menjadi muhasabah untuk kita semua...bagi siapa2 yang tak terkesan pada hatinya , maka bermuhasabahlah lagi...periksa kembali solat anda...boleh jadi terdapat bintik2 hitam yg melekat pada hati... (ego, malas, menyampah dll lagi)...
wallahu a'lam...afwan jika ada yang terasa....Sekian...
No comments:
Post a Comment