Bismillah...
Kalau sebelum nie kita bermuhasabah melalui minyak...hari ini saya ingin mengajak anda untuk kita sama-sama bermuhasabah melalui (ciptaan Allah v.s ciptaan manusia) atau dengan secara terus-terangnya...(padi v.s meter minyak kat kereta MyVi "kakak saya")...
Agak-agaknya lah...apa ibrah yang kita boleh dapat daripada 2 perkara ini ye?
Kalau kita perhati betul2 dan cuba bertadabur dengan ruh fikiran yang suci dan rabbani, kita akan dapati...semakin berisi padi itu, semakin tunduklah ia...bak kata pepatah..."ikut resam padi ; semakin tunduk bila berisi" lantas dapat menghasilkan beras2 yang enak untuk dijadikan nasi lemak dsb...
.
.
.
.
.
.
.
.
astaghfirullahal 'azim...(3x) huhh....
Kita selalukan??kita selaluu ingin dipandang tinggi oleh masyarakat...kalau dalam diskusi tu...selaluu je nk bangun memberikan pendapat...kalau dalam apa majlis pun, kita selaluu je nk pendapat kita yang menang...huhh...
Tak salah untuk "musyarakah" dsb...cumanya saya ingin kita smua cuba amati, hayati dan rasai betul2....apakah perasaan kita selepas pendapat kita itu diterima oleh masyarakat?apakah perasaan kita bila pendapat kita itu dipuji oleh masyarakat? BANGGA BUKAN??
DAN KETIKA ITULAH KITA LUPA ; YANG MEMBERIKAN KEBIJAKSANAAN ITU ADALAH ALLAH!!! BUKANNYA KITA!!!
Sepatutnya kita harus mentajdid niat dulu sebelum melakukan apa2 perkara...Kita harus mentajdid niat dahulu sebelum memberikan apa2 pendapat...dan jikalau pendapat kita tidak diterima, maka ucaplah "Alhamdulillah" (kerana kita tidak dipertanggungjawabkan atas pendapat kita itu)...dan jikalau pendapat kita itu diterima, maka ucaplah "Allahu Akbar"...kerana yang bijak dan yang memberi izin supaya pendapat itu diterima itu adalah Allah ; bukannya kita..kita hanya berfungsi sebagai "orang pertengahan" sahaja...
Kan selamat tu...tak payaah nk risau kalau orang tak pandang pendapat kita...sbb kita dah tahu bahawa yang hebat itu adalah Allah dan Dia berhak untuk memilih...
*Jom kita tengok pula apa yang ada dengan meter minyak kereta MyVi kakak saya tu...
first n last...
-Apa akan jadi kalau kita isi minyak?
...anda pun tahu...pastilah meter itu naik
So, tak perlulah nk syarah panjang2...saya rasa anda sendiri dah dapat tangkap apa yang ingin saya tuliskan bukan??
So, janganlah jadi mcm meter minyak kereta...lebih berisi, lebih mengembang hidungnya, baru isi sikit dah nk berbangga-bangga dengan orang lain (tanpa mentajdid niat dahulu)...faham ke??
Akhir kata...marilah sama2 kita bermuhasabah diri...rendahkanlah diri, rendahkanlah hati...jangan risau jika tidak dipandang sangat oleh masyarakat...ingatlah...
"...إنّ أكرمكم عند اللّه أتقاكم..."
ertinya : "semulia-mulia orang dikalangan kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa..."
(surah 49 : ayat 13)
"والعاقبة للمتّقين..."
ertinya : "...dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa"
(surah 7 : ayat 128)
wallahu a'lam...yang baik dtg dari Allah, yang buruk datang dari diri penulis sendiri...
Wassalam :-)
No comments:
Post a Comment