Wednesday, May 23, 2012

"RiWaYat HiDup SeoRanG SpiDer Man..."


Hahah..mesti anda terfikir...knapelah amik Spider Man jadi subjek...x de subjek lain yg lebih matang ke??Nie GF nih! Jahiliyah2!!

Jangan nk tipulah...dalam kalangan kita semua nie mesti ramai yg dh tengok cerita Spider-Man kan?? Kalau x tgk pun ; at least tahu lah...So, Jom kita tadabur cerita org kapir nih! hohoh!


Kalau kita perhati dalam cerita nie, Peter Parker(kita) telah mendapat taklifan daripada "Tuhan"(Allah) untuk menjadi seorang Spider Man (da'ie) bagi menjaga keamanan dunia ; dengan cara "disengat (didakwah) oleh labah-labah (sumber yg lain)"...Maka secara tidak langsung, dia telah menjadi seorang yang SAAANGAT KUAT.. (qowiy!!) dan hebat serta mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa...Dia seolah2 nampak dengan jelas apa tanggungjawab yang harus dia lakukan di muka bumi ini...

Dipendekkan cerita, banyak kes2 @ masalah2 di dunia yg telah dia selesaikan dan banyak nyawa yang telah dia selamatkan (atau dlm bahasa yg lebih ruhi sikit : byk masalah2 aqidah yg telah diselasaikan dan ramai org yg telah dia selamatkan dari termasuk ke dalam gaung kemaksiatan)...

Maka suatu ketika, dia telah diuji dengan satu ujian yang sangat berat untuk dia lakukan...

Dia dikehendaki untuk memilih sama ada cintanya kepada Mary Jane(kesenangan dunia) atau tanggungjawabnya sebagai seorang penyelamat dunia (Penyebar Risalah ) yg baik...

Sementara itu, datang pula suatu unsur @ makhluk hitam(godaan2 dunia lain) yang datang dari planet lain(syaitan @ musuh2 islam @ Ghazwatul Fikr) ke dalam kehidupan Spider-Man ini yang bertujuan untuk MENGGANGGU DAKWAHNYA DI MUKA BUMI INI!!...Arkian, tanpa disedari, makhluk itu telah meresap ke dalam bajunya(kehidupannya)...Dengan keberadaan baju hitam yang baru itu, dia telah menjadi individu yang SANGAT BERBEZA! isk, isk...(sedih)... :'-(



 :'-( Kalau dahulu dia merupakan seorang yang soleh, baik, muhtaram dsb...tp skrg, dia telah menjadi seorang yang SGT SOMBONG! , PENTINGAKN DIRI SENDIRI! , SUKA MENGGANGGU ORANG RAMAI, TERLALU MENGIKUTKAN HAWA NAFSU! , dan yg paling menyedihkan sekali, DIA SUDAH SEMAKIN JAUH DENGAN TUHAN!...; bahkan kalau dahulu dia yang menjadi seorang penyelamat dunia yang sangat berakhlak, beradab, dikagumi oleh masyarakat,TAPI SEKARANG...DIALAH YANG MEMBUAT HURU-HARA DALAM DUNIA INI @DIALAH PENYEBAB KEPADA JATUHNYA PROSES PEMBINAAN DAULAH ISLAMIYAH DI MUKA BUMI INI!...huhh...astaghfirullahal 'azim...

Hehh..Semuanya angkara memilih "baju" yang salah untuk dipakai...


.......................................................................................................................................................

Kesimpulannya...

Wahai para pembaca2 sekalian....dalam hidup ini penuh dengan godaan dunia...sedarlah...bahawa semua kemewahan yg kita kecapi itu tidak membawa apa2 makna sekiranya kita tidak mengurusnya dgn baik, kemewahan itu x akan membawa apa2 makna sekiranya kita gugur dari jalan dakwah ini..."dakwah itu luas...dakwah@islam tidak memrlukan kita, tetapi kita yg memerlukan mereka"...



Akhir kata, perbanyakanlah muhasabah diri masing-masing....
wallahu a'lam...Sekian, wassalam...

1 comment: